Tuesday, March 16, 2010

Konsep PSS

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan mengembangkan potensi individu sepenuhnya untuk mengharungi cabaran abad ke-21 dengan lebih cemerlang, pusat sumber diberi tafsiran yang lebih luas.
Pusat sumber tidak lagi sebuah tempat untuk menempatkan koleksi bahan cetak. Pusat sumber sekolah kini menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhdmatan dan peluanng bagi memperkukuhkan proses pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan sistem pendidikan selaras dengan pembangunannya ke tahap kualiti bertaraf dunia, pusat sumber sekolah telah berdalih kepada konsep "Sekolah Dalam Pusat Sumber" dengan harapan semua warga sekolah dapat sama-sama mengembeling tenaga ke arah menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. semua pasarana yang terdapat di sekolah dikerah ke arah mencapai matlamat yang mulia ini. Semua guru PSS yang bekerjasama untuk membimbing anak didik SMK Aminuddin Baki agar menjadi insan cemerlang.

No comments:

Post a Comment